Monday, October 11, 2010

Diablo yang aku temui

I met this man, he introduced himself as the DEVIL. 'Nama I you semua tahu...ada yang panggil I ni Syaitan, ada yang gelar I Iblis... dan ada lah juga nama nama panggilan yang lain...diablo lah, demonlah, jinn kafirlah, etc. So, u ni nak interview I ke?" dia bersahaja saja bertanya padaku.

Aku ni pemberita biasa.... a reporter of sorts lah. Nak kata masih baru dan mentah, tak juga.... dah lama juga aku kerja dengan stesen tv ni. Aku ni , you boleh panggil Mr X lah, atau nama singkatan or nick name aku, Joe. 42 tahun.... dah pelbagai kerja yang aku lakukan, tapi dengan stesen TV swasta ni lah aku paling lama...dah dekat 11 tahun. 


"Diablo, Kenapa you exist? apa tugas you di dunia ni?" aku tanya. Diablo memandang aku sinis...dia duduk selamba saja.... berpakaian suit hitam... dan tali leher merah. 


"Panggil I 'D' saja... tak perlu guna nama Diablo tu...atau Jinn atau apa apa nama yang lainlah." dia mencoretkan huruf D di depanku.... di atas meja di anatar kami.... terbakar huruf 'D' itu. "Aku ni exist hanya untuk mengelirukan kau semua.... nak bikin manusia ni keliru, jangan sembah tuhan, dan aku suka membuatkan manusia ni leka dan keliru. Itu saja fikus aku...tak ada yang lain... Hehehehe!"

Seram juga aku dengar  suaranya - tambah tambah lagi bila dia ketawa. matanya merah menyala masa diaketawa tu. tapi, aku tak panik, aku jarang panik dan berasa takut. well, mungkin sedikit berasa takut... "Setakat ni berjaya ke kau mengelirukan manusia?"


"Hahahaha!!! Soalan bodoh tu,Joe!" jawabnya sinis.


"Bodoh kata kau? Kenapa?" aku memegang micro tape recorder ku...nak pastikan ianya masih ON dan on Recording mode....


"Alamaks! Just look around you lah Bro!" D memetik jarinya dan sebuah TV skrin luas menjelma di depan kami. aku terkejut! "Hah! Kau tengok lah ni...." di skrin menunjukkan beberapa scene semacam video clip yang pendek pendek. Clips perempuan bogel dan pasangan yang sedang mengadakan hubungan sex....kemudian diikuti oleh clip pasangan lesbians dan gay.... mereka berpelukan... 


"Ok OK... you dah berjaya... tapi masih ramai juga lagi yang tak mengikuti jejak you D, kenapa?"

"Hahahaha! Itu mereka yang belum aku temui, yang belum aku kelirukan..... tapi dah ramai yang aku lalai kan... dan kelirukan... yang pangkat tinggi, yang kaya raya, yang cantik molek, yang miskin, yang kecil kerdil.... semua dah aku kelirukan...hahahaha!"

"Cuba kau ceritakan pada kami di sini D? "


"Boleh, yang mana kau nak dengar?"


"Yang menarik lah... yang sensasi....supaya aku boleh buat cerita dalam blog aku ni."


"Hmmm..... banyak sangat... ada cerita cerita suami suami dan isteri isteri yang curang, ada yang sama sama curang, ada anak yang derhaka, yang jahat, hakim dan pemimpin yang babas! hahahaha!"


"Yea...iye... yang kau fikir sensasi lah!"


"OK, baik! Ini cerita suami yang curang dengan isteri rakannya....."


"Itu macam cerita biasa je..."


"Tak... sebab ini melibatkan orang orang biasa macam kau ni! Kalau aku cerita kan ttg orang kaya raya dan terkenal... kebanyakkan mereka memang begitu... hahahaha!"


"Ceritanya begini, seorang isteri muda, dalam awal 30an... cantik lawa... anak belum ada, dah berumah tangga selama 5 tahun... tapi tak ada rezeki lagi. Puas lah mereka berusaha.  ke sana sini berjumpa bomoh, doktor dan pakar kesuburan tapi masih tak berjaya."

"Hmm... menarik juga ni..."

"Suatu hari tu, si suami, kita namakan Bakri.... telah berjumpa rakan lama nya di universiti dahulu...Dahlan. Mereka sudah lama terpisah dan dah lama tak bertemu...."

"Dipendekan cerita.... Bakri telah mempelawa Dahlan untuk bermalam di rumahnya...sebab mereka nak bercerita panjang. Isteri bakri, Asyikin, sangat gembira bertemu dengan rakan lama Bakri. "

"Setelah makan malam , dan setelah berbagai cerita dan pengalaman bertukar tukar... maka Dahlan pun bertanya ttg anak. Bakri dengan agak muram menceritakan yang mereka belum ada rezeki lagi. Masa ini lah aku masuk jarum dan rancangan ku....hehehehe! Sebelum tu memang aku dah tanamkan bibit niat nak curang..."







2 comments: